Entry: Thanks Allah, I found YOU... Tuesday, June 24, 2014



Alhamdulillah.

Segala pujian syukur hanya padaNya. Hari ini genap 26 hari bergelar suri kepada seorang lelaki.

Tiada coretan yang mampu menggambarkan perasaan. Hanya ada doa dan harapan yang terus-terusan dihamparkan.

Lama tidak menulis, kerana perasaan yang ada seringkali disalahtafsirkan tatkala lewat pembacaan. Gusar nanti menjadi punca galau pada yang sejujurnya ikhlas, aku biarkan ruang ini lama kosong. Walhal ada jutaan warna sedang terlakar dalam hati dan mimpi, cerah mahupun terang, kusam mahupun gelap.

Hari ini, rindu membuak-buak mahu mencoret sesuatu, di ruang yang lama menemani suara hati.

Alhamdulillah. Perjalanan masih jauh, namun selangkah dua yang duapuluhenamhari ini terasa terlalu besar kurniaNya kepada aku, hamba yang selalu lalai dan lupa padaNya ini. Terima kasih Allah.

Terima kasih.

Semoga Kau pautkan hati kami sehingga ke JannahMu. Kau lindungilah kami dengan kasih sayangMu daripada kebinasaan dan kemungkaran. Kau kuatkanlah iman kami, Kau teguhkanlah hati kami untuk menghadapi hari-hari yang bakal mendatang dalam hidayah dan inayahMu. Kau kekalkanlah jodoh kami dalam redhaMu. Kurniakanlah kami zuriat dan keturunan yang bakal menegakkan ajaran dan sunnahMu. Amin ya Rabb...

***

Buat suami kekasih hati,

Terima kasih kerana memilih dan menerima saya.
Terima kasih kerana sudi mendekati dan menemani saya.
Terima kasih kerana sudi mengajari dan memimpini saya.

Maaf jika saya tidak sempurna yang didambakan.
Maaf jika saya tidak seindah yang diimpikan.
Maaf untuk setiap cacat celanya saya sebagai seorang isteri, wanita, manusia mahupun hamba Allah yang penuh dosa.

Perjalanan kita in sha Allah masih jauh. Semoga teruslah awak di sisi saya hingga ke JannahNya. Andai dalam perjalanan kita, saya tersalah arah mahupun rebah tersadung marah, semoga awak dikurniakan sabar dan kuat olehNya untuk meyambut jatuh saya dan terus-terusan berpimpinan tangan hingga ke hujung perjalanan kita.

Saya mungkin tidak semulia Khadijah, mahupun semanis Aisyah, atau segagah Fatimah...

Namun, selagi Allah izinkan, saya akan sentiasa berusaha menjadi yang terbaik untuk awak dan keluarga kita. Izinkan saya untuk selalu menjadi mata yang melihat air mata mahupun senyum awak, telinga yang mendengar keluh resah mahupun gelak tawa awak, bibir yang selalu menyahut panggilan awak dalam sedih mahupun gembira, mahupun bahu yang menopang jatuh bangun awak, setiap detik dan ketika. in sha Allah.

Akhir sekali, biar tidak selalu diucapkan, saya sayang awak, sampai syurga Allah. in sha Allah.

p/s Encik Riduan, terima kasih sebab sentiasa ada dari dulu (walaupun masing-masing tak berapa nak sedar time tu... kikiki...), sekarang dan mudah-mudahan untuk selama-lamanya.

--<3--

Footnote: One day, one of my juniors asked me, how did I finally decided to get married, when I don't even put them as my priority at least for these few years and then suddenly, wow I get hitched! And I am very cool about it. Hahaha...

I said, "I am always willing to get married, when He decides to meet me with the right one."

"How did you decide that he is the right one? After all these years?"

"Its Allah's willing, dear. As for me, I believe that pernikahan seharusnya menjadikan seseorang itu lebih baik dari sebelumnya. Its an effort to be a better person, duniawi and ukhrawi. in sha Allah..."

Semoga Allah swt give me strength to be istiqomah.

Wink

Okay. I think I should stop here. Till we meet again, readers (macam ada yang nak baca! hihihi..."! Take care loves and darlings...

Assalamualaikum!

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments