Entry: selamat bertunangan! Friday, May 10, 2013



Lama tidak menulis. Ya, sangat lama sehingga sudah pelbagai perkara terjadi tidak mampu diingati details nya untuk dinukilkan di sini.

Hidup sememangnya selalu tentang pilihan.

Dikelek kendong rasa sedih yang tak terungkap apabila kebenaran terhampar di depan mata.

Jujur aku gelakkan diri sendiri.

Ya, cinta masih belum milik aku.

Atau memang takkan pernah jadi milik aku?


Di saat aku ingatkan diri supaya jangan biar hati jatuh lagi, tanpa sedar tetap juga singgah indah yang seketika. Yang anehnya, biarpun hanya sekejap singgah, bila sampai waktu hakikat mengetuk pintu waras, berdarah juga luka itu sampai buat diri terduduk.

Kawan,

Semoga bahagia.
Dengan pilihan hati kamu.

Jangan bimbang.
Aku tetap akan selalu ada tiap perlunya kamu.
Patah pun hati yang sekian kali ini, akan sembuh juga suatu masa nanti.

Yang lebih hancur pun pernah aku kutip jahit semula...

Senyumlah.

Selamat menjadi tunangan orang. Semoga bahagia sampai Jannah.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments