mahfuedzha
Female
Malaysia

<< July 2017 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed










 
Friday, May 10, 2013
bebel sewel
Heyyy...

Nak baca asatu cerita tak?
Cerita yang bakal buat pening.
Bukan takat yang membaca, yang menulis pun pening.

Mana tak.

Ada orang kata mahu kau. Tapi kau mahu orang lain yang mahu orang yang lain.

Bukan engkau.

Yang mahu engkau, sukar ditelah ruang hatinya. Tapi baik sekali.
Yang engkau mahu, sudah bakal dimilik jodohnya. Tapi manis sekali.

Hati dan akal bertelingkah.
Mahu bertahan atau menyerah.

Heyyy...
Bukan main dulu kata kepada takdir mahu berserah.

Diamlah.

#okay. maaf. aku tengah ke laut. saja cari masalah. tak mahu duduk diam-diam, beginilah. seriously, lawak! hahahaha...

Posted at 02:32 pm by mahfuedzha
Make a comment  

selamat bertunangan!
Lama tidak menulis. Ya, sangat lama sehingga sudah pelbagai perkara terjadi tidak mampu diingati details nya untuk dinukilkan di sini.

Hidup sememangnya selalu tentang pilihan.

Dikelek kendong rasa sedih yang tak terungkap apabila kebenaran terhampar di depan mata.

Jujur aku gelakkan diri sendiri.

Ya, cinta masih belum milik aku.

Atau memang takkan pernah jadi milik aku?


Di saat aku ingatkan diri supaya jangan biar hati jatuh lagi, tanpa sedar tetap juga singgah indah yang seketika. Yang anehnya, biarpun hanya sekejap singgah, bila sampai waktu hakikat mengetuk pintu waras, berdarah juga luka itu sampai buat diri terduduk.

Kawan,

Semoga bahagia.
Dengan pilihan hati kamu.

Jangan bimbang.
Aku tetap akan selalu ada tiap perlunya kamu.
Patah pun hati yang sekian kali ini, akan sembuh juga suatu masa nanti.

Yang lebih hancur pun pernah aku kutip jahit semula...

Senyumlah.

Selamat menjadi tunangan orang. Semoga bahagia sampai Jannah.

Posted at 02:16 pm by mahfuedzha
Make a comment  

 
Monday, April 08, 2013
Di atas dasar apa...
Kau memilih diriku di atas dasar apa
Apakah kerana cinta
Atau pelepas sepi cuma

(Ramalanku benar belaka - Umbrella)

Kamu lelaki baik. Sahabat yang baik.
Mana mungkin aku mampu menyakiti kamu.

Aku sendiri tidak pasti mahu rasa apa.
Yang aku gusarkan, andai silap langkah, mampukah untuk aku keciciran persahabatan yang sudah lama terbina ini?

Secuit pun kamu belum pernah bayangkan pada aku sebelum ini akan niatmu itu. Sehinggakan tatkala kamu nyatakan hasrat, yang terjelma di fikiran ini adalah persoalan demi persoalan.  "Di manakah aku sebenarnya di sisi kamu?", "Adakah kerana sudah tiada pilihan lain?" dan sebagainya...

Aku, orangnya mungkin berbeza dari yang kau kenali selama ini. Sisi seorang teman pada diri aku memang indah.

Bukan sisi hati dan perasaan.

Selama ini, dari tutur, lagak, gaya mahupun rasa, seolah tembok bernama persahabatan tersebut dibina nyata antara kita. Tiada sedikitpun ruang untuk aku salah sangka atau fahami kamu.

Jujurnya, aku takut, jika aku semaikan perasaan yang lebih dari sewajarnya, di akhirnya aku juga yang terluka keseorangan.

Sakit belum hilang.
Gusar sudah bertandang.

Jujurnya...

Tak pernah aku terasa kau mahukan aku lebih dari sekadar teman biasa sebelum ini...

Aku terima takdirNya yang mana terbaik buatku. Cuma mungkin kau perlu yakinkan akal ku walau sedikit, bahawa aku bukan sekadar pelepas sepi cuma.


Posted at 09:55 am by mahfuedzha
Make a comment  

Previous Page Next Page