mahfuedzha
Female
Malaysia

<< June 2017 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed










 
Tuesday, January 01, 2013
tahun baru 2013
it's 2013.

unofficially 26. planning semua dah tunggang langgang. but nothing much to worry.

now, ikut saja flow hidup mahu bawak ke mana. senang. happy.

selamat 2013! (aku tahu satu muharam dah bulan november dulu. chill sudah. hanya sebagai tanda peralihan tarikh, people.)

*senyum. dongak. teruskan melangkah*
Smile

Posted at 06:29 pm by mahfuedzha
Make a comment  

 
Monday, November 19, 2012
terluka.
Sebelum mendapat, telah belajar melepaskan.

tak apa. aku tak mahu hilang apa-apa. aku tamak, aku tahu.

sebab itu, aku takkan mengharapkan apa-apa lagi.
sebab aku tahu aku takkan dapat apa-apa.

Posted at 10:07 am by mahfuedzha
Make a comment  

 
Saturday, October 27, 2012
sahabatku sayang
Kenapa hati suka main-main nih...

Kenapa banyak sangat main dengan hati nih...

Aku suka kau, tapi aku tahu kau suka seseorang yang betapa aku harap adalah aku, yang nyata mustahil. Kau mana pernah pandang aku lebih daripada kawan.

aku tahu.

Dan aku rasa aku gila. sebab mula suka dengan kawan karib sendiri.

Banyak kali dah aku elak. sebab aku taknak sebab perasaan aku, aku hilang kawan baik aku, yang paling setia di sisi aku, biar bukan setiap saat tapi aku tahu kau ada pada setiap waktu aku perlu.

Aku pun tak tahu sejak bila perasaan gila ini muncul.

Yang mula buat aku hairan dan syak sama waras diri sendiri ialah bila kau cerita sama aku, yang kau suka seseorang tapi tak berani mahu luah rasa. bila saat itu aku mula harap, "kalaulah aku orangnya". bila saat kau kata "saya suka awak", aku mula rasa mahu kau sebut tiga kata itu pada aku. hingga aku tak mahu bayang gembiranya gadis yang kau sebut-sebut itu menerima hati engkau, dan gadis itu bukan aku. dan dengan tanpa disangka-sangka, kesedihan dan kehampaan menghurung hati aku. tetapi tak ada apa yang aku mampu lakukan selain mendoakan juga bahagia kau biar bukan dengan aku. kerana aku tahu, bukan mudah insan tersebut mahu buka hati engkau, mesti dia sangat istimewa. kan?

tak apa. jangan risau. kecewa itu sudah pasti tapi aku akan berusaha menjadi sahabat terbaik kau sentiasa. dari dulu dan tetap selalu aku harap bahagia kau.

kau lelaki baik.

jangan bimbang. jangan kau rasa bersalah dengan kecewa aku.

sebab yang salah adalah aku.
aku tak sepatutnya jatuh cinta.
pada engkau, sahabat.

Posted at 06:18 pm by mahfuedzha
Make a comment  

Previous Page Next Page