mahfuedzha
Female
Malaysia

<< December 2013 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed










 
Tuesday, December 03, 2013
Edisi Terima Kasih
Assalamualaikum.

Lama sudah tidak menulis kan... hehe... Maaf kalau ada yang tertunggu-tunggu (bajet blog macam feymes je kannnn... kikiki...)

Banyak benda berlaku dalam hidup aku since the last time I jotted down dalam blog ni. Siapa sangka, hari ini masuk hari ke 62 aku menjadi tunangan orang...

Di usia 26 tahun ini, akhirnya aku sedang mengira hari demi hari yang berlalu untuk suatu tarikh yang bakal mengubah hidup aku.

Bersama seorang insan yang selama ini tak pernah pergi dari sisi aku. Seorang kawan, sahabat dan in sha Allah teman hidup dunia akhiratku. amin ya Rabb.

Perjalanan masih jauh dan berliku. Mohon doa dan restu dari semua untuk cinta yang sedang mencari jalan cerita ini.


Cinta: dengan restu itu lebih indah. in sha Allah.

Terima kasih untuk setiap doa.
Terima kasih untuk hadir anda.

Dan untuk pinjaman Allah yang bakal rusuk kirinya adalah saya, terima kasih kerana sudi terima baik buruk saya, kurang lebih saya... mudah-mudahan jodoh kita berkekalan hingga syurgaNya.

Terima kasih Allah!


Posted at 03:29 pm by mahfuedzha
Make a comment  

 
Sunday, August 25, 2013
aku mohon.

Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripadaMu.

 

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

 

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurgaMU.

 

Ya Allah...

Bila hamba bertemu dengan seseorang

dan hamba jatuh cinta

Izinkanlah hamba menjadi yang terbaik baginya

dan dia yang terbaik bagi hamba

 

Ya Allah...

Bila Hamba menjadi pasangan seseorang

Izinkanlah diri hamba menjadi pelindung baginya

Izinkanlah diri hamba menjadi penyejuk hati baginya

Izinkanlah wajah hamba menjadi kesenangan baginya

Izinkanlah mata hamba menjadi keteduhan baginya

Izinkanlah pundak hamba menjadi tempat melepas keresahan baginya

Izinkanlah setiap perkataan hamba menjadi kesejukan baginya

 

Ya Allah...

Izinkanlah setiap pelukan menjadi jalan untuk lebih mendekat kepadaMu

Izinkanlah setiap sentuhan menjadi perekat cinta kepadaMu

Izinkanlah setiap pertemuan menjadikan kami bersyukur kepadaMu

 

Ya Allah...

Izinkanlah hati yang sangat halus ini tidak pernah merasa tersakiti

Izinkanlah hati yang rentan ini tidak pernah merasa terkhianati

 

Ya Allah...

Jiwa kami ada dalam genggamanMu

maka izinkanlah jiwa kami selalu bertaut dalam cintaMu

 

Ya Allah...

Permintaan terakhirku, semoga kami berdua selalu berada dalam perlindunganMu.


Amin ya Rabbal 'alamin.


Posted at 10:10 pm by mahfuedzha
Make a comment  

 
Friday, May 10, 2013
bebel sewel
Heyyy...

Nak baca asatu cerita tak?
Cerita yang bakal buat pening.
Bukan takat yang membaca, yang menulis pun pening.

Mana tak.

Ada orang kata mahu kau. Tapi kau mahu orang lain yang mahu orang yang lain.

Bukan engkau.

Yang mahu engkau, sukar ditelah ruang hatinya. Tapi baik sekali.
Yang engkau mahu, sudah bakal dimilik jodohnya. Tapi manis sekali.

Hati dan akal bertelingkah.
Mahu bertahan atau menyerah.

Heyyy...
Bukan main dulu kata kepada takdir mahu berserah.

Diamlah.

#okay. maaf. aku tengah ke laut. saja cari masalah. tak mahu duduk diam-diam, beginilah. seriously, lawak! hahahaha...

Posted at 02:32 pm by mahfuedzha
Make a comment  

Next Page