|
|
|
bukan kerana putus harapan... Sekembalinya saya dari walimatu urus sahabat saya dengan kekasih hatinya di JB, saya umpama ditampar-tampar pipi supaya tersedar dari mimpi.
tak sia-sia musafir tiga hari tersebut. ayat seorang hamba Allah sangat mengesankan di hati saya. "Sebaik-baik wanita adalah yang senang urusan nikah (maharnya)" "yang penting menutup aurat" jujurnya, saya sudah lazim mendengar ayat ini. daripada ramai orang. tapi umpamanya tida terkesan di hati saya. tetapi suara tenang hamba Allah ini mengocak ruang hati saya. mencucuk-cucuk sedar akal saya. sudah jauhkah saya tersasar selama ini? saya mahu pulang. tapi bagaimana? sekian lama empat hari ini usai saya berfikir, akhirnya hati saya mendetakkan jawapan pasti untuk satu persoalan yang seorang senior ibarat abang pernah tanyakan pada saya, juga dalam musafir saya di tanah JB tersebut. ... saya mahu seorang Adam yang tenang lagi menenangkan hati saya... ... saya mahu seorang Adam yang ikhlas lagi mengikhlaskan jiwa saya... itu sahaja. biar apa pun kurangnya biar apapun lebihnya biarlah dia seorang Adam yang mampu memimpin saya. tiba-tiba saya rasa saya mahu jadi seorang Anna Aftahulnisa. tetapi saya kurang pasti kuatkah saya. Astagha firullah hal azim... aku kembali padaMu ya Allah. moga ikhlaslah hatiku. moga teguhlah imanku. saya sudah nekad. seperti yang kamu minta, biar Allah yang tentukan segalanya. benar, doa tanpa usaha itu tak bermakna... tapi usaha tanpa doa, lebih sia-sia. apatah lagi, usaha yang hanya di sebelah pihak sahaja. saya redha. saya pasrah. saya menyerah. soal jodoh, soal hati, soal perasaan... biar Allah yang tentukan. Dia tak kan pernah mensia-siakan...
Tuhan, bantu kami. tolong? sejujurnya, terbentang niat ikhlas mahu membantu menghapus bebanmu.
bukan atas dasar menabur budi, tetapi ketidaksanggupan aku melihat kamu siksa sendiri. tetapi apa daya aku? puas aku ikhtiar memikirkan cara. kontang kosong bolong sungguh aku minta Allah bukakan jalan untukmu. juga teguhkan hati aku. agar kita harung ini duga bersama untuk ke SyurgaNya.
pada yang Maha Mendengar lagi Maha Mengerti segalanya aku serahkan padamu Ya Allah. hanya Kau yang tahu setiap isi hati ini. hanya Kau yang tahu yang terbaik untuk setiap dari kami. takkan pernah aku berhenti. mendoakan bahagia mu di setiap detik denyut nadi.
|